Atas permintaan yang saya terima melalui email supaya saya buat tutorial - Beg Tutorial , maka buat pertama kalinya saya usahakan tutorial ringkas ni... mohon manyak2 mahap kalau ada kekurangan... apapun untuk kawan SCLover yg saya hargai - anda boleh email saya macam selalu - sekiranya ada kekeliruan...
Memang dah lama saya plan nak buat Tutorial - atas permintaan kawan2 online. Bukan tak sudi nak buat @ sharing info.Tapi saya memang tak pandai nak terangkan so takut2 kawan2 tak faham.. Buat info kawan2 jugak , Tutorial ringkas kat bawah ni adalah "one man action tutorial". Harap kawan2 ok and accepted segala kekurangan..
OK... jom tengok dulu...Meh kita suruh gambar bercakap.Model yang kita nak buat adalah seperti di bawah:
Model Beg : Mini Tote with Zip
Ukuran Beg :
8"(panjang) X 5"(tinggi)X 4"(tapak)
Bahan Asas :
Material : Pilihan sendiri (Saya gunakan Cotton)
A : Tapak : Ukuran 9 X 5" (1pc Luar + 1pc inner)
B: Bhgn Sisi Tepi : Ukuran 6 X 5" (2pcs /Luar + 2pcs inner)
C: Bhgn Badan @ Hadapan : Ukuran 9 X 6" (2pcs /Luar + 2pcs inner)
D: Bhgn Poket depan : Ukuran 9 X 4" (1pc)
E : Zip (sila rujuk gambar)
Note : **** Semua kepingan bahagian luar di alas interfacing - Medium Weight ****
A
B
C
D
E
Note : Potongan zip biasanya lebih pendek dari ukuran beg (kurangkan dalam 1")
Note : Set Zip yang telah siap dijahit
Langkah 1: Cantuman Beg . Cantumkan A(Tapak Beg) + B (Bhgn Tepi Beg)
Langkah 1: Cantuman Beg . Cantumkan A(Tapak Beg) + B (Bhgn Tepi Beg)
Langkah 2 : Cantuman Beg . Cantumkan A(Tapak Beg) + C (Bhgn Hadapan @ Badan Beg)
Bahagian Luar Beg yang siap di cantum
C : Bahagian poket hadapan
Bahagian Dalaman - berserta sedikit ruang yang ditinggalkan
Tandakan kedudukan tali beg
Pasangkan Tali Beg + Kepingan zip
Gambar atas/bawah: Proses jahitan keliling beg + Proses terbalikkan beg yang telah siap dijahit.
Siap diterbalikkan... kemaskan dengan peniti..
Proses pemasangan kepala zip
Cara msuk kan kepala zip : Rujuk Tutorial saya di bawah :
Yupppp...!!! Completed Beg !!
Untuk Hiasan/Embelishment : Saya pasangkan Eyelet
Tanpa Hiasa Tambahan EYELET tu pun OK !!! Beg akan kelihatan dalam bentuk asal
NOTE/AMARAN: TUTORIAL INI ADALAH HAK MILIK MUTLAK SCLOVER.
ANDA BOLEH GUNA N SHARE TANPA PENUKARAN HAK MILIK ASAL. TERIMA KASIH